Skip to main content

aritu kate ade dalam video,arini kate mirip

Berita Harian Online | Ahli politik terima VCD dipanggil

Polis ambil keterangan bagi kenal pasti dalang edar rakaman seks mirip Anwar

KOTA KINABALU: Polis akan memanggil beberapa orang kenamaan termasuk ahli politik dalam tempoh terdekat, yang mendakwa memperoleh salinan rakaman seks mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bentuk cakera padat video (VCD), untuk memberi keterangan bagi mengenal pasti dalang mengedarkan rakaman berkenaan

Polis juga hanya akan mendedahkan sama ada Anwar adalah pelaku sebenar dalam video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu atau sebaliknya jika ada keperluan undang-undang untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, setakat ini polis belum membuat keputusan sama ada akan mengumumkan pelaku sebenar dalam rakaman berkenaan kerana masih ada aspek tertentu yang perlu diteliti.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata setiap laporan yang dibuat sama ada orang kenamaan atau ahli politik berhubung dakwaan mereka menerima VCD itu akan disiasat bagi mengenal pasti pihak yang mengedar rakaman berkenaan.

“Kita siasat setiap laporan terbabit. Kertas siasatan akan dibuka. Kita akan panggil pihak membuat laporan itu bagi memberi keterangan,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Khas Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Polis Ke-204 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan beberapa orang kenamaan, termasuk ahli politik mendakwa mereka memperoleh salinan rakaman seks berkenaan dipercayai diedarkan pihak tertentu.
Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang mengedar rakaman berkenaan dan motif mereka.

Khalid ketika mengulas kenyataan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung pelaku sebenar dalam video seks berkenaan, berkata semua pihak perlu bersabar sementara menunggu keputusan untuk mendedahkan sama ada Anwar pelaku sebenar dalam rakaman itu atau sebaliknya.

Shazryl dilaporkan mendakwa, beliau akan mendedahkan beberapa lagi salah laku lebih besar membabitkan Anwar sebaik polis mendedahkan pelaku sebenar dalam video seks yang dikait-kan dengan ketua pembangkang itu.

Ditanya mengenai pihak yang memuat naik rakaman berkenaan di internet, Khalid berkata, polis memerlukan masa untuk mengenal pasti pihak terbabit.

ni berita dalam surat khabar arini..persoalannye,apekah benar sumpah laknat aritu yang kate DSAI betol ade dalam video sedangkan polis kata MIRIP???

***diorang ni nak buat kerja tak sihat tu satu,tapi cover line cam bangang..bile da macam ni sape laa nak percaye..bodoh punye mainan..polis yang tukang siasat pon tak boleh kompemkan..kalu gini gok,maeng lawang roba sedak lagi..


Comments

zikeryhassan said…
jom maeng lawang roba
jaya jr said…
zk:haha,jom ah..mainan mase zaman skoloh dulu

norlida:haha,TQ..nanti folo balik

Popular posts from this blog

pengalaman berbasikal di Taman Botani,Bukit Cerakah

tempat ni kat Shah Alam..nak masuk kena bayar RM3..yang part nak pusing-pusing kayuh basikal tu ada 2 jenis..basikal baru kena bayar RM5 untuk 1jam pertama lepastu tambah RM1 untuk jam-jam seterusnya..basikal ala-kadar pon ada jugak,murah sikit bayar RM3 satu jam dan tambah RM1 untuk jam kemudiannya..untuk berpeluh tu senang sangat sebab ada naik turun bukit..taman haiwan ada,kuda ada,rusa ada..banyak jugak laa bendanya yang boleh di tengok kat dalam tu..kitoran pon tak sempat nak round habis sebab masuk free atas tiket volunteer..bizi buat keje..kah3..tapi yang penting boleh try sj4000 sambil kayuh basikal..   *** untung jadi volunteer sampai ke makan minum,pengangkutan pon free jugak..kakaka

perangai orang terengganu

klo sebut perangai org ganu ni macam-macam persepsi atau pandangan boleh keluar..orang ganu sesama org ganu berpandangan laen,orang luar ngn org ganu punya pandangan laen..tapi tu laa,klo boleh kite jangan amalkan menilai seseorang pada pandangan pertama..jangan mengadili sesebuah buku melalui kulit luarannya.. aku hari ni nak highlite dari segi percakapan je..secara realiti klo sape-sape asal ganu tak pon menetap lame kat ganu,die akan tau org ganu ni cakap agak kasar lah..klo nak sound sape-sape,tak maen jenis-jenis volume 5 ni..nak sound bagi terus volume 100..kate biar terasa..klo tak terasa,memang takde kesan,masuk telinge kanan kluor telinge kiri.. contoh mudah org KL klo melenting sikit sebut 'sial'..macam Zizan sebut dalam KL Gangster..'eh sial lah,puiii'..Zizan ni pon satu hal,asal ganu tapi sebut-sebut sial..klo org ganu amalkan sebut 'sial' macam Zizan tu kompem kene kutuk balik ngn member-member..org ganu takde istilah sial-sial ni,klo marah bias

lelaki dan motor besar

bile kite cakap pasal motosikal ni,pon kite boleh tengok orang tu jenis macam mane..haha..motor laa macam mane pon,kecik ke,besar ke,super besar ke asas die tetap sama..tayar depan satu,tayar belakang satu..yang special case nye untuk OKU..ade kene tambah roda lagi dua jadi roda tiga..memang pandai sape yang reka motor ni..sampaikan semua orang nak ade motor.. tapi zaman dah berubah,dulu klo sape-sape ade kapcai,kire mantop laa tu..awek kompem lambai-lambai je tunggu kat hentian bas(macam cite P.Ramlee)..pakai baju semat-semat sikit,memang ade laa yang sangkut..tak bawak pegi jauh pon takpe,asal boleh pusing kampung seround dua pon jadi laa..haha.harini da tukar,awek tunggu yang naek superbike pulak dah..yang berasap ekzos bocor tu,tak tau laa bile nak kene lambai..sebab superbike ni da berlambak-lambak orang malaysia pakai..awek malaysia skang ni pon jenis mat salleh..klo lelaki pakai superbike je diorang kate "eh,hot gile mamat yang naek superbike tu,style laa"..pastu bi