Skip to main content

tips lelaki handsome : perlu ke rantai?

assalamualaikum selamat pagi semua..alhamdulillah masih ade peluang bernyawa pagi jumaat ni kan..hajat di hati macam nak keluar mencari sarapan,tapi baru pukul 8..tunggu jap lagi lah..makan awal-awal kang,tak masuk tengahari da lapor balik..hehe..

cakap pasal handsome,sape laa yang tak nak camtu kan..lelaki nak handsome..maksud handsome ni simple je kot..berhati baik iaitu tidak jahat ditambah elemen kemas dan segak..rasenye yang ni laa pempuan duk selalu sebut..wajah belakang kira,tapi hati lebih utama..kan kan kan???sebab tu klo nak kemas tak perlu tengok wajah..hehe..jom share beberapa tips nak nampak handsome..

1.pakai baju sedang-sedang muat..tak kecik sangat,tak bersor gelebeh sangat..seluor pon same..walopon body tak sixpack,tapi OK laa tu..OK dari pakai baju ketat-keta nanti nak bukak bunyi benang terputus..rabak..hehe..mula laa gelabah nak beli baju baru..klo

2.rambut kene kemas..pendek ke,panjang ke,tu takde masalah jugak..yang penting sikat je..takde sikat betol,sikat jari pon boleh laa..haha..tapi klo panjang tu,jenuh laa sikit nak jage..syampu pon kene bagi lebih jugak laa..kang naek kutu pulak..klo botak tu ade yang kate seksi jugak..tapi tengok orangnye laa camne..botak tapi tak mandi susah jugak.

3.aksesori..lelaki ni rasenye pakai jam cukup dah..tak perlu laa nak berantai bersubang..bergelang pon da kene pikir 2-3 kali..aku paling maksima laa,pakai gelang je,tapi sebab da banyak yang menegur ++ mendegar ceramah,kire da buang laa..member aku pon da takde kategori-kategori camni..sebab berantai,bersubang,bergelang satu tindakan menyerupai perempuan..tak boleh..boleh hensem ape takde rantai gelang subang

haha,3 je cukup lah..penyeri entri kate orang..sebab selalu aku share kes pempuan pasal isu tudung ngn freehair..tapi lelaki pon ade masalh jugak..kategori yang berantai bersubang bergelang ni lah..walopon da terjebak,tapi still boleh berubah..ramai anak muda terikut-ikut ngn trend ni..kite ade ilmu,kite share..baru selamat semua sekali..syukur jugak laa,walopon aku pakai gelang mengarut-ngarut tu dulu-dulu,tapi sebab member-member duk pesan duk peringat,da tak pakai dah..

***bujang-bujang jugak..tapi diri kene jage sebab nanti nak kawen,nak kene jage anak orang.pastu anak sendiri pulak..nanti aku tu ade laa 5-6 tahun lagi =)


klo laa ade rumah bujang besor cenggini..hehe

Comments

wanda arry said…
bab rmbut kemas tu..bwak siap2 sikat dlm poket..Inchik harapujee slalu je sikat rmbut dia..muahah..kemas :P
akak tak suka laki pakai baju tak sesuai dengan badan

tak suka yang tak kemas...sebab tu akak suruh en hubby potong rambut pendek dan akak akan ikut!

aksesori en hubby akak tak suka pakai..heheh...jam pun tak da
Daniel Ihsan said…
tips menarik,tapi pic kat bawah lagi menarik...macam nk g rombongan meminang je..hahahah

9 Benda Jijik Tapi Menghairahkan...
MISS LANZA said…
kenapa lelaki pakai rantai. x faham dengan konsep yg cuba disampaikan dgn rantai tuh..haha btw..simple is much better..

owh suka juga dengan..

bujang-bujang jugak..tapi diri kene jage sebab nanti nak kawen,nak kene jage anak orang.pastu anak sendiri pulak..

sebab kita sekarang adalah penentu kita yang akan datang..chaiyokk awak..

:)
mynameismy said…
tak perlu tak perluuuuuu
schasya said…
suke yg no3 tuu, x perlu berbagai sgt, kunk nmpk gangster, kalau perlu pon juz bangle jew.. 2 smart abes !
Setuju dgn yang no.3 tu. Laki tak perlu la pakai sarat sangat. simple lagi handsome :)
emieysandra said…
xsuke lelaki pakai rantai. ikut agama pun xelok, brantai subang bagai.simple2 suda~
jaya jr said…
wanda:haha,bawak sikat dalam poket takur macam nerd terlebih pulak..tapi xtau laa klo sikat lipat dapat membantu.hehe

kak hawa:haha,bahaye gile sampai ikut gunting rambut..mase muda-muda ni laa nak berambutp njang sikit pon..hehe..aih,jam pon tak pakai,pakai jampenting kot..nampak laa kite ni kategori cakna bab mase..hehe

daniel:haha,meminang amendenye..saje jalan-jalan hujung minggu tu..ambik2 gambar sikit kat tempat orang..

miss lanza:pakai rantai buang duit ade laa..lagi laa klo yang pkai perak @platinum..nak kene cuci lagi..biar tak pakai pon xpe.haha

myzatul:haha,memang tak perlu pon ponpon..haha

schasya:mula-mula nampak macam gengster,pastu terjebak terus masuk genster..lagi bahaye..huhu

norliyana & emiey:betol-betol betol..nak kluo pon laju..sauk mane yang patot pastu gerak..mase pon jimat..hihi
ney said…
lelaki smart mesti kena pembersih=) kuku mesti bersih,bau mesti wangi. rantai cincin ni tak berkenan sgt la.. sebab tu kan perhiasan pempuan. cincin pon ada sesetengah cincin je kan boleh pakai.papepon,biarla muke ta ensem, janji smart and aty baek.=)
nur dhiya' aida said…
pakai je rantai motor tu ! haha (:
cool ~ XD
NastaniaNajihah said…
Laki botak n howt kat dunia ni ade 2orang je. Van disel n pitbull. haha
wuuu~ agreed bab pakaian kemas tu..

segak lagi bergaya... menyampah betul bile lelaki kate, bujang lagi la, nk sempoi laa...

hellooo, macam perempuan, lelaki pon kene jaga penampilan..

ni tak, pakai ntah pape tah.... bile org perempuan tengok selekeh je, mesti la diorang xnak..... wuwuwuwu~
rambut hang ni macam korean la bro...haha

apa pun memang kemas..dah nak kenduri jemput2 la nanti noh..=)
Sang Harima said…
Peh, geng geng Gong Bok. Kpop dari Terengganu!
nak sgt pakai, gayut je rantai kunci kat leher :P HAHA
jaya jr said…
ney:haha,kuku memang kene jage..klo rajin 2 kali seminggu..klo malas sekali je kot seminggu..kui3

dhieya:dah tu motor nak pakai rantai ape pulak???haha..tapi sebab rantai motor kotor,mesti takde yang nak pakai..

nastania:haha,van diesel memang gile baban..botak tapi power..botak dalam juvana tak masuk bot ke??kah3

wardah:haha,skang ni da ade term lelaki maskulin,pempuan feminin.klo kene gaya, boleh laa jenis2 lelaki maskulin dan pempuan feminin..amende ntah ni..tetibe je kan..haha

azhan:haha,korea ke?panjang saje tak naka gunting..sebab da lame tak buat rambut panjang..asyik kene guntung je..keh3..kenduri tak sampai giliran lagi bro..haha

sangharima:rekaan sokmo mu ni..bahaye mu tau dok..dok leh balik ganu kang kekgi..haha

farahanis:haha,klo pakai rantai kunci murah..diorang kate awek tak pandang lelaki tak berharta..haha..
Epy Ain said…
gaya educated pun comey ^)^
tp kelaka la llk jambu air pakai rantai~~~~ (tbe2 je)
Cik Farah said…
Setuju dengan ketiga2 di atas. Xpayah sarat sangat laa dengan aksesori..Kalau perempuan xpe laa jugak. Lelaki bagi saya cukup laa pembersih. Tak perlu dah rantai ke gelang ke atau subang sekalipun. =)
jaya jr said…
ain:haha,betol gak..gaye educated kene pakai tie ngn spek bingkai itam laa..haha

cik farah:hmm,klo semua lelaki camtu,memang sedap mate pempuan memandang laa bile berjalan..haha
IM said…
eh eh ,
thumb up! haha :P
tayah la ulangi pkai gelang rantai semua tuhh .
menyampah giloss tgok lelaki pkai semua tu !
*sori kasar bahasa, baik jujur kan ?

Popular posts from this blog

#20 Ramadhan | tab mudah lagu raya 'suasana hari raya'

Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya
Intro 2x
E-----------------9----9--------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9----------9-10-10-9-10-9-10-12--| G-9-9---------------------------------11-11-11-------------------------------| D-------------------------------------------------------------------------------| A-------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|
E-----------------9----9-------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9------------------------------------| G-9-9---------------------------------11-11-11-9-8-9-9---------------------| D------------------------------------------------------------------------------| A------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|

seka…

perangai orang terengganu

klo sebut perangai org ganu ni macam-macam persepsi atau pandangan boleh keluar..orang ganu sesama org ganu berpandangan laen,orang luar ngn org ganu punya pandangan laen..tapi tu laa,klo boleh kite jangan amalkan menilai seseorang pada pandangan pertama..jangan mengadili sesebuah buku melalui kulit luarannya..

aku hari ni nak highlite dari segi percakapan je..secara realiti klo sape-sape asal ganu tak pon menetap lame kat ganu,die akan tau org ganu ni cakap agak kasar lah..klo nak sound sape-sape,tak maen jenis-jenis volume 5 ni..nak sound bagi terus volume 100..kate biar terasa..klo tak terasa,memang takde kesan,masuk telinge kanan kluor telinge kiri..

contoh mudah org KL klo melenting sikit sebut 'sial'..macam Zizan sebut dalam KL Gangster..'eh sial lah,puiii'..Zizan ni pon satu hal,asal ganu tapi sebut-sebut sial..klo org ganu amalkan sebut 'sial' macam Zizan tu kompem kene kutuk balik ngn member-member..org ganu takde istilah sial-sial ni,klo marah biaseny…

pengalaman berbasikal di Taman Botani,Bukit Cerakah

tempat ni kat Shah Alam..nak masuk kena bayar RM3..yang part nak pusing-pusing kayuh basikal tu ada 2 jenis..basikal baru kena bayar RM5 untuk 1jam pertama lepastu tambah RM1 untuk jam-jam seterusnya..basikal ala-kadar pon ada jugak,murah sikit bayar RM3 satu jam dan tambah RM1 untuk jam kemudiannya..untuk berpeluh tu senang sangat sebab ada naik turun bukit..taman haiwan ada,kuda ada,rusa ada..banyak jugak laa bendanya yang boleh di tengok kat dalam tu..kitoran pon tak sempat nak round habis sebab masuk free atas tiket volunteer..bizi buat keje..kah3..tapi yang penting boleh try sj4000 sambil kayuh basikal..


*** untung jadi volunteer sampai ke makan minum,pengangkutan pon free jugak..kakaka