Skip to main content

#4 Ramadhan | bukan kerana syaitan

semua sedia maklum di bulan Ramadhan ni setan-setan dibelenggu..tapi masih boleh dilihat Muslim yang berkelakuan tidak sepatutnye di depan khalayak

masih ramai keluar ke bazar tak pakai tudung
masih ramai yang gambar profil kat Facebook,Twitter,Blog yang tak pakai tudung
jalan pegang tangan bukan muhrim


bab tak puasa dan tak solat aku tak nampak lagi..Alhamdulillah aku dikelilingi orang-orang yang baik.sebab 
orang yang solat belum tentu baik
tapi orang yang baik sudah tentu akan solat

begitu laa jugak dengan puasa di bulan Ramadhan
orang yang puasa belum tentu solat
tapi orang yang solat sudah tentu akan puasa

semalam sambil-sambil duk rehat tengahari tengok Wanita Hari ini..ades,buat kesian je kat Ustaz nak berdepan dengan situasi macam ni..diorang cakap pasal khasiat buah Kurma..isu yang dibincangkan tu bagus dah,tapi penacara pulak out..penonton pon dapat saham sekali..tak ke naya klo camni..adoi..tak tutup aurat ni bukan efek kat diri sendiri je,orang laen pon boleh kena jugak..adoi..same-same kite ingat-memperingati di bulan mulia ini..

***takut jugak ni.adakah hawa nafsu telah datang kat aku???aku ade minat sepasang kasut..kasut kasual laa..lame dah tak beli kasut ni..tengah berkira-kira laa ni..tak nak dilayan,tapi time termenung tu kompem die datang..same laa dengan seketul android..susah-susah..

Comments

[k]o{q}i[n] said…
Manusia ada 2 nafsu, kemahuan dan keperluan.. Keperluan adlh benda asas utk hidup, dan kemahuan adalah bnd2 tmbahan jika ada rezeki lebih. Atra kasut ngan android tu, pilih la mne yg dirasakn lebih perlu...huhuhu...
cik bihah said…
SETUJU2..
orang yang berpuasa belum tentu solat
tapi orang yang solat tentu puasa..

islam now suka culas dgn solat.. =(

Popular posts from this blog

#20 Ramadhan | tab mudah lagu raya 'suasana hari raya'

Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya
Intro 2x
E-----------------9----9--------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9----------9-10-10-9-10-9-10-12--| G-9-9---------------------------------11-11-11-------------------------------| D-------------------------------------------------------------------------------| A-------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|
E-----------------9----9-------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9------------------------------------| G-9-9---------------------------------11-11-11-9-8-9-9---------------------| D------------------------------------------------------------------------------| A------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|

seka…

perangai orang terengganu

klo sebut perangai org ganu ni macam-macam persepsi atau pandangan boleh keluar..orang ganu sesama org ganu berpandangan laen,orang luar ngn org ganu punya pandangan laen..tapi tu laa,klo boleh kite jangan amalkan menilai seseorang pada pandangan pertama..jangan mengadili sesebuah buku melalui kulit luarannya..

aku hari ni nak highlite dari segi percakapan je..secara realiti klo sape-sape asal ganu tak pon menetap lame kat ganu,die akan tau org ganu ni cakap agak kasar lah..klo nak sound sape-sape,tak maen jenis-jenis volume 5 ni..nak sound bagi terus volume 100..kate biar terasa..klo tak terasa,memang takde kesan,masuk telinge kanan kluor telinge kiri..

contoh mudah org KL klo melenting sikit sebut 'sial'..macam Zizan sebut dalam KL Gangster..'eh sial lah,puiii'..Zizan ni pon satu hal,asal ganu tapi sebut-sebut sial..klo org ganu amalkan sebut 'sial' macam Zizan tu kompem kene kutuk balik ngn member-member..org ganu takde istilah sial-sial ni,klo marah biaseny…

pengalaman berbasikal di Taman Botani,Bukit Cerakah

tempat ni kat Shah Alam..nak masuk kena bayar RM3..yang part nak pusing-pusing kayuh basikal tu ada 2 jenis..basikal baru kena bayar RM5 untuk 1jam pertama lepastu tambah RM1 untuk jam-jam seterusnya..basikal ala-kadar pon ada jugak,murah sikit bayar RM3 satu jam dan tambah RM1 untuk jam kemudiannya..untuk berpeluh tu senang sangat sebab ada naik turun bukit..taman haiwan ada,kuda ada,rusa ada..banyak jugak laa bendanya yang boleh di tengok kat dalam tu..kitoran pon tak sempat nak round habis sebab masuk free atas tiket volunteer..bizi buat keje..kah3..tapi yang penting boleh try sj4000 sambil kayuh basikal..


*** untung jadi volunteer sampai ke makan minum,pengangkutan pon free jugak..kakaka