Skip to main content

komuniti yang single ade sebabnye

malam ni macam sesak sikit nak update..mungkin sebab lame tak sembang ngn member-member jadi isu tak brape nak banyak..bosan klo aku still nak cakap pasal bola sepak sedangkan budak-budak laen lebih suka sembang pasal percintaan..tapi tu laa masalahnye,jiwang-jiwang ni tak masuk lagi dalam kepala aku..aku nak tunggu member-member aku start jiwang-jiwang baru aku boleh start..klo tak tak aman nak berjiwang..

hari biase kompem sibuk ngn kelas..tapi jadual tetap hujung minggu yang pertama sekali kluo makan..klo tak macam tak lengkap sangat minggu tu kan..klo betol-betol senang,lepas tu nak pulak pegi uptown..sebab dari hostel ngn danau kota tu tak jauh sangat..boleh laa lajak lebih sikit..klo nak ikut darah muda,nak lewat-lewat sangat tak boleh jugak sebab ade pak gad 24 jam..nak lalu laju-laju depan diorang kene tengok keadaan jugak,silap aribulan kene 'surat cinta' sekeping da rugi cikencop 4 pinggan..

walopon da ade rakan-rakan mula menceburkan diri dalam dunia cinta,tapi tu masih dalam erti kate minoriti..tak brape nak kisah sebab tak mementingkan diri lagi laa..maknenye pembahagian mase antara teman tersayang dan rakan berjalan dengan baik..still boleh diajak kluo makan, makan angin,beriadah dan bersembang..

saje aku nak cakap kat sini yang kadang-kadang tak setuju sangat klo ade member yang berubah lepas dapat makwe..awek tu suke laa asyik berteman..kite ni kadang-kadang terase jugak bile da biase duk maen,makan bersame..tu tandanya tak pandai nak bahagikan mase antare makwe dan member..padahal nanti klo ade masalah pape,mesti member jugak yang nak kene tolong..si makwe tu boleh dapat dan bace mesej aduan je laa..nak buat tindakan tu macam mustahil laa..contoh macam motor rosak,mesti call member dulu..mase tu baru nak ingt kawan..tak boleh,tak boleh..

ade pulak yang jenis queen control ++ satu tempat belajar..tak kawen lagi,tapi dah macam-macam..ade pulak yang nak cek e-mail lah,nak log-in fesbuk laa..aku tau,pempuan ni sifat cemburu tu tingi dari lelaki..bukan lelaki tak cemburu..tapi ape ni?klo da semua nak cek,mane pergi privasi???padahal nak kawen tu bile laa masenye..silap hari bulan,kecundang di tengah jalan..bukan nak doakan,tapi keadaan zaman skang ni,macam-macam hal boleh jadi...dua-dua kene bagi ruang,takkan laa nak tutup semua akaun kat laman sosial sebab status in relationship yang diawang-awangan tu..contoh ini kes lelaki laa,bile tanye kenape tutup???awek marah..haha,macam tak hebat je kene control ngn awek..

tapi dalam kehidupan kat universiti,kawan aku punye ayah ade cakap kat situ laa kite boleh jumpe macam-macam jenis manusia..lagi laa universiti aku dengan tahap internasional nye..yang melayu dengan hal melayu,yang bangla lagi ade,mat arab,mat negro pendek kate internasional laa..tapi selaen budak sebatch sekuliah aku,aku tak kacau sangat..cukup dengan mereka-mereka yang ade disekeliling je..entah laa..aku pon tak tau ape masalah yang tak nak berkembang sangat..haha..


ingat senang ke nak kluor ramai2 camni?

sedangkan komuniti majoriti single pon susah nak buat camni di hujung minggu,lagi laa komuniti yang double..haha..saje aku malas nak guna istilah couple sebab macam-macam pendapat ade pasal couple ni..malas aku nak kacau..haha

Comments

emieysandra said…
kne la pandai bahagikan masa antara teman dan pasangan, besenye lelaki lagi terasa sebab ikatan persahabatan yang erat kn. Macam pompuan ni, hal bese je kalau kuar dating.
zikeryhassan said…
aku pun tak suka gak kawan2 yg bercinta asyik dok berkepit ngan aweknya 24 jam. mcm xde life sndri je. single lg best. haha
bungaLily said…
orang ade awek tak semestinya ta kua gn kwan2 . ade jer yg tetap kua rmai2 cam tu ;) jgn ta cye lak . huhu
jaya jr said…
emieysandra:haha,betul dh tu..pempuan jenis buat hal sendiri-sendiri bagus jugak laa..lelaki klo duk sorang memang kebosanan laa xde aktiviti

zik:haha..aku sokong mu..tapi bkpe status kat FB jiwang sokmo..haha

bungalily:haha,boleh buat,tapi kompem tak sepenuh hati..mase dalam kete on da way tu kompem mesej lu ngn awek..pastu nanti klo ade bbq nak jugak tepon-tepon ngn awek..komitmen tidak sepenuhnye..kui3..
bungaLily said…
wekk ! ta kira . ta semestinya . ade jer yg jln2 smpai ta ingt awek . hahahaa
KABAKOGA said…
lain bunyi nyer mat,
haha
Mr.PinGu said…
I single tp happy.. ada kawan2 yg best.. sebelum ni pernah bercinta.. best jugak tp tak tahan awek tu asyik suh kita layan dia byk kali dlm sehari.. sampai naik rimas la.. dia ingat hidup kita untuk dia je ke? ermm
jaya jr said…
lily:haha,klo kes camtu,awek pulak laa buat entri camni kenape die single.

kabakoga:haha,dok run,awok ni ramai single,xsedap laa kite nok maen awek..kang dok leh maen futsal dh petang2..padan joging ayam er keliling tasik

mr pingu:haha,tu laa pasal..mane larat klo kene yang nak suh layan sepanjang mase..rilek dulu..sampai mase ade laa tu..huhu

Popular posts from this blog

#20 Ramadhan | tab mudah lagu raya 'suasana hari raya'

Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya
Intro 2x
E-----------------9----9--------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9----------9-10-10-9-10-9-10-12--| G-9-9---------------------------------11-11-11-------------------------------| D-------------------------------------------------------------------------------| A-------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|
E-----------------9----9-------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9------------------------------------| G-9-9---------------------------------11-11-11-9-8-9-9---------------------| D------------------------------------------------------------------------------| A------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|

seka…

perangai orang terengganu

klo sebut perangai org ganu ni macam-macam persepsi atau pandangan boleh keluar..orang ganu sesama org ganu berpandangan laen,orang luar ngn org ganu punya pandangan laen..tapi tu laa,klo boleh kite jangan amalkan menilai seseorang pada pandangan pertama..jangan mengadili sesebuah buku melalui kulit luarannya..

aku hari ni nak highlite dari segi percakapan je..secara realiti klo sape-sape asal ganu tak pon menetap lame kat ganu,die akan tau org ganu ni cakap agak kasar lah..klo nak sound sape-sape,tak maen jenis-jenis volume 5 ni..nak sound bagi terus volume 100..kate biar terasa..klo tak terasa,memang takde kesan,masuk telinge kanan kluor telinge kiri..

contoh mudah org KL klo melenting sikit sebut 'sial'..macam Zizan sebut dalam KL Gangster..'eh sial lah,puiii'..Zizan ni pon satu hal,asal ganu tapi sebut-sebut sial..klo org ganu amalkan sebut 'sial' macam Zizan tu kompem kene kutuk balik ngn member-member..org ganu takde istilah sial-sial ni,klo marah biaseny…

pengalaman berbasikal di Taman Botani,Bukit Cerakah

tempat ni kat Shah Alam..nak masuk kena bayar RM3..yang part nak pusing-pusing kayuh basikal tu ada 2 jenis..basikal baru kena bayar RM5 untuk 1jam pertama lepastu tambah RM1 untuk jam-jam seterusnya..basikal ala-kadar pon ada jugak,murah sikit bayar RM3 satu jam dan tambah RM1 untuk jam kemudiannya..untuk berpeluh tu senang sangat sebab ada naik turun bukit..taman haiwan ada,kuda ada,rusa ada..banyak jugak laa bendanya yang boleh di tengok kat dalam tu..kitoran pon tak sempat nak round habis sebab masuk free atas tiket volunteer..bizi buat keje..kah3..tapi yang penting boleh try sj4000 sambil kayuh basikal..


*** untung jadi volunteer sampai ke makan minum,pengangkutan pon free jugak..kakaka