Skip to main content

perangai orang terengganu

klo sebut perangai org ganu ni macam-macam persepsi atau pandangan boleh keluar..orang ganu sesama org ganu berpandangan laen,orang luar ngn org ganu punya pandangan laen..tapi tu laa,klo boleh kite jangan amalkan menilai seseorang pada pandangan pertama..jangan mengadili sesebuah buku melalui kulit luarannya..

aku hari ni nak highlite dari segi percakapan je..secara realiti klo sape-sape asal ganu tak pon menetap lame kat ganu,die akan tau org ganu ni cakap agak kasar lah..klo nak sound sape-sape,tak maen jenis-jenis volume 5 ni..nak sound bagi terus volume 100..kate biar terasa..klo tak terasa,memang takde kesan,masuk telinge kanan kluor telinge kiri..

contoh mudah org KL klo melenting sikit sebut 'sial'..macam Zizan sebut dalam KL Gangster..'eh sial lah,puiii'..Zizan ni pon satu hal,asal ganu tapi sebut-sebut sial..klo org ganu amalkan sebut 'sial' macam Zizan tu kompem kene kutuk balik ngn member-member..org ganu takde istilah sial-sial ni,klo marah biasenye bagi BODO terus..lagi hardcore NATANG..tapi org ganu dengor normal je..sebab org ganu memang jenis pesen gitu..marah mase tu je..lepas tu mintak maaf balik..


kebetulan,ingin jugak diselitkan perihal ade org yang kate Ustaz Azhar Idrus keluarkan kata-kata kasar dalam ceramah beliau..bagi aku normal sebab aku membesar kt ganu..orang ganu senang je ngn ape yang disampaikan UAI..siap boleh gelak-gelak lagi..tu tandenye memang style org ganu macam tu..mat rempit suke,kaki basikal suka,kaki fotografi pon suke..boleh kate majoriti org suke dan kenal UAI..dengan aura di Terengganu,pastu org negeri luar pon ajak UAI untuk berceramah kt tempat diorang..lagi terserlah aura UAI..kemuncaknye mase Sembang Santai kat Shah Alam awal tahun baru-baru ni..

ceramah kat tempat org pon(luar Terengganu) berduyun-duyun jugak orang yang sanggup melapangkan mase pegi dengar ceramah UAI tak kire petang ke,malam..nampak sangat orang ramai boleh terima dan paham ape yang UAI nak sampaikan walopon hampir 99.9% ceramah disampaikan melalui loghat Teghanung..pernah ade satu cerita kawan tu,walopon yang pegi dengar ceramah tu tak brape nak paham loghat Teghanung,tapi bile orang gelak,die gelak..lepas tu baru mintak explaination..tapi takpe laa,dapat pahala pegi menuntut majlis ilmu..

lagi satu style UIA ni,beliau tak suke mention sape-sape..sape tu org ramai boleh tentukan sendiri..internet da ade,walopon berite menipu,tapi Galaxy ade kat tangan..nak pape search je..sape makan cili die laa yang rase pedasnye..sape nak dengar boleh dengar,sape tak nak dengar,boleh je tak nak dengar..tapi org tu rugi sebab UAI ni die datang bagi ceramah dengan alternatif baru..alternatif yang mana org muda senang melekat,mudah faham..contoh-contoh yang diambil pon dekat dengan jiwa orang muda..sebab tu org muda ramai berubah lepas dengar kuliah UAI

***jangan hina Ulama'..nanti dapat bala..Zizan RL pon tolak mentah-mentah je tawaran RM18000 sebab da dapat jemputan UAI..

Comments

[k]o{q}i[n] said…
aku tau cara hampir sume negeri kt malaysia bergaul...
Sang Harima said…
Wow, steadi lah Koqin! Mesti kuat mengembara ni..
Ema said…
setuju dgn pendapat ni... tak boleh lah kata org negeri ni jahat, negeri ni baik.. padahal.. semua tmpt pn ada semua jenis org :D

UAI mmg bgs :D

Popular posts from this blog

#20 Ramadhan | tab mudah lagu raya 'suasana hari raya'

Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya
Intro 2x
E-----------------9----9--------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9----------9-10-10-9-10-9-10-12--| G-9-9---------------------------------11-11-11-------------------------------| D-------------------------------------------------------------------------------| A-------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|
E-----------------9----9-------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9------------------------------------| G-9-9---------------------------------11-11-11-9-8-9-9---------------------| D------------------------------------------------------------------------------| A------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|

seka…

pengalaman berbasikal di Taman Botani,Bukit Cerakah

tempat ni kat Shah Alam..nak masuk kena bayar RM3..yang part nak pusing-pusing kayuh basikal tu ada 2 jenis..basikal baru kena bayar RM5 untuk 1jam pertama lepastu tambah RM1 untuk jam-jam seterusnya..basikal ala-kadar pon ada jugak,murah sikit bayar RM3 satu jam dan tambah RM1 untuk jam kemudiannya..untuk berpeluh tu senang sangat sebab ada naik turun bukit..taman haiwan ada,kuda ada,rusa ada..banyak jugak laa bendanya yang boleh di tengok kat dalam tu..kitoran pon tak sempat nak round habis sebab masuk free atas tiket volunteer..bizi buat keje..kah3..tapi yang penting boleh try sj4000 sambil kayuh basikal..


*** untung jadi volunteer sampai ke makan minum,pengangkutan pon free jugak..kakaka