Skip to main content

humor dan jenaka Ustaz Azhar Idrus

semalam berkesempatan ke kuliah Ustaz Azhar Idrus kat sini..plan nak pergi tu takde,tapi petang tu dapt mesej,kawan ajak,lepas maghrib terus pergi Masjid Pulau Ketam..orang sini pon ade yang tak kenal tempat ni,tapi tempat ni dekat dengn Pulau Duyung..bile sebut Pulau Duyung baru laa ramai orang kenal..sebab ustaz banyak kuliah luar untuk bulan Jun ni,memang ramai jugak laa yang berkunjung..

semalam ustaz ade sentuh sikit bab rezeki..maknanye ustaz bagutai apabila Allah dah tetapkan rezeki untuk kite,ikan aya(klo orang KL panggil ikan tongkol) dalam laut tu akan jadi juga milik kite..Ikan aya ni tak main tepi-tepi pantai,nak tangkap kene pergi ke laut dalam 40 kaki baru boleh dapat..jauh sungguh ikan tu hidup,kite pon tak nampak,tapi bile dah Allah tuliskan ikan tu untuk si fulan bin si fulan,maka jadilah ikan tu rezeki untuk si fulan itu..takkan jadi rezeki orang lain..

Rezeki ni pulak adalah sesuatu yg masok ke dalam perot kite,tu adalah rezeki..mesti pernah terjadi kat kite makanan yang dah masok dalam mulot kite pun boleh jatuh,maknenye tu bukan rezeki kite..dah makan pon tapi tak hadam lagi,kite muntah,tu pon bukan rezeki kita..mungkin jadi rezeki ayam atau cacing..sebab sesekali meragui rezeki Allah..hanya Allah yang bagi rezeki..bukan makhluk.


ceramah ustaz memang tak lari berjenaka sikit-sikit..klo kuliahnye serius,tapi mesti ade diselitkan unsur-unsur jenaka..lagi-lagi bile masuk bahagian soal jawab..tapi tu pon puncenye soalan yang ade unsur jenaka jugak..contohnye soalan macam mane nak bagi janggut panjang..ustaz selamba je jawab,jangan potong,biar je janggut tu panjang..

tapi yang paling lawak semalam ialah bile soalan tanye bab kahwin awal..ustaz jawab hei orang muda-muda, yang mane mampu berkahwin,yang mampu memberi nafakah.kawin laa..kerana kawin awal banyak faedah, mudah dapat zuriat dan dapat mencegah maksiat..ni tua-tua baru nok nikoh..umur 66 tahun tapi anak baru sekolah tadika..gi ambik anok kat skoloh,anok nangis selok..tengok-tengok salah ambik anak orang laen.. mate rabun doh..hmm, kawin awal laa sedap..Nyum nyumm..

***semalam tak tengok bola,sebab dah penat maen bola

Comments

Chuu Muqhlis said…
ustaz azhar pandai selit2 jenaka dlm ceramah, tak de lah bosan..lagi tarik minat. cek jaya jr bile nak kawen kehkehkeh.,
fadzlynniza said…
Ustaz Azhar Idrus hensem dan santai berceramah.suka snap picture (: ohsem. hehe
salam boh...apa habaq.lama tak jenguk sini

malam ni kuliah UAI di Majis Al Azim pandan indah. kalau p jumpa sana.
ili ajeerah said…
Ustaz Azhar terbaekkk!
Weirdo said…
ustaz azhar memey terbaek larhh :D

Popular posts from this blog

#20 Ramadhan | tab mudah lagu raya 'suasana hari raya'

Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya
Intro 2x
E-----------------9----9--------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9----------9-10-10-9-10-9-10-12--| G-9-9---------------------------------11-11-11-------------------------------| D-------------------------------------------------------------------------------| A-------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|
E-----------------9----9-------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9------------------------------------| G-9-9---------------------------------11-11-11-9-8-9-9---------------------| D------------------------------------------------------------------------------| A------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|

seka…

perangai orang terengganu

klo sebut perangai org ganu ni macam-macam persepsi atau pandangan boleh keluar..orang ganu sesama org ganu berpandangan laen,orang luar ngn org ganu punya pandangan laen..tapi tu laa,klo boleh kite jangan amalkan menilai seseorang pada pandangan pertama..jangan mengadili sesebuah buku melalui kulit luarannya..

aku hari ni nak highlite dari segi percakapan je..secara realiti klo sape-sape asal ganu tak pon menetap lame kat ganu,die akan tau org ganu ni cakap agak kasar lah..klo nak sound sape-sape,tak maen jenis-jenis volume 5 ni..nak sound bagi terus volume 100..kate biar terasa..klo tak terasa,memang takde kesan,masuk telinge kanan kluor telinge kiri..

contoh mudah org KL klo melenting sikit sebut 'sial'..macam Zizan sebut dalam KL Gangster..'eh sial lah,puiii'..Zizan ni pon satu hal,asal ganu tapi sebut-sebut sial..klo org ganu amalkan sebut 'sial' macam Zizan tu kompem kene kutuk balik ngn member-member..org ganu takde istilah sial-sial ni,klo marah biaseny…

pengalaman berbasikal di Taman Botani,Bukit Cerakah

tempat ni kat Shah Alam..nak masuk kena bayar RM3..yang part nak pusing-pusing kayuh basikal tu ada 2 jenis..basikal baru kena bayar RM5 untuk 1jam pertama lepastu tambah RM1 untuk jam-jam seterusnya..basikal ala-kadar pon ada jugak,murah sikit bayar RM3 satu jam dan tambah RM1 untuk jam kemudiannya..untuk berpeluh tu senang sangat sebab ada naik turun bukit..taman haiwan ada,kuda ada,rusa ada..banyak jugak laa bendanya yang boleh di tengok kat dalam tu..kitoran pon tak sempat nak round habis sebab masuk free atas tiket volunteer..bizi buat keje..kah3..tapi yang penting boleh try sj4000 sambil kayuh basikal..


*** untung jadi volunteer sampai ke makan minum,pengangkutan pon free jugak..kakaka