Skip to main content

ubat untuk mereka yg penat..

1.Sabda Nabi s.a.w. "Tidak menimpa satu orang muslim daripada keletihan,kesakitan ,ham(dukacita yang akan datang),hazan( dukacita yang telah terkena),kesakitan yang menyakiti dan gham(dukacita kerana kehilangan sesuatu) sehingga sekalipun terkena duri yang mencucuknya melainkan ALLAH akan menjadikan semua itu sebagai kafarah(penghapus) bagi dosa-dosanya" .(Muttafaqun `alaih)

2.Ada beberapa perkara yang boleh kita ambil daripada maksud hadis di atas.Pertamanya, bagi setiap muslim,segala apa keletihan,kemudarat an,kesengsaraan dan dukacita yang menimpa ke atas dirinya adanya ganjaran daripada ALLAH iaitu akan diberikan kafarah ke atas dosa disebabkan apa yang telah terkena pada dirinya selagi mana seseorang muslim itu REDHA dan SABAR atas apa yang berlaku.

3.Kehidupan kita atas muka bumi ini tentunya tidak terlepas dari segala masalah dan halangan.Setiap daripada kita tentu sahaja pernah merasa kecewa dan sedih atas segala macam perkara umpamanya kematian orang yang disayangi,kehilangan harta benda yang dimiliki,gagal dalam peperiksaan dan sebagainya.Bagi seorang yang dipertanggungjawabk an ke atasnya pelbagai tugas dan kerja,tentu sekali mereka ini akan merasa penat dan letih atas urusan yang perlu dilakukan dan kadang-kala terasa begitu berat sekali untuk meneruskan tugas tersebut.Begitu juga bagi mereka yang sedang terlantar sakit di hospital-hospital terutamanya yang menghidap penyakit kronik seperti kanser,sakit jantung,AIDS dan sebagainya,mereka merasa begitu sengsaranya kesakitan yang mereka hadapi dan merasakan dunia ini sudah gelap buat mereka.Dan bagi mereka yang berjuang fi sabilillah dan pada jalan dakwah,sudah pastinya akan berasa penat dan letih untuk menghadapi karenah manusia serta merasa begitu perit dan pedih sekali untuk menerima kritikan,tohmahan dan malahan ada yang dikenakan tekanan berbentuk fizikal.

4.Agama Islam adalah satu-satunya agama yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan.Islam menjaga manusia dari aspek jasadiah(jasmani) dan ruhiah(rohani) .Maka,ALLAH Azza Wajalla sebagai Tuhan Yang Mencipta kita mengetahui akan kesemua perkara yang telah disebutkan di atas yang akan terkena ke atas manusia ketika hidup di dunia.Maka,sebagaimana ALLAH menyediakan bagi setiap penyakit jasmani ada ubatnya,ALLAH juga menyediakan ubat khas bagi mengubati penyakit yang bersifat ruhiah(rohani) .

5.Tanpa ubat khas yang ALLAH sediakan ini,penyakit ruhiah ini tidak akan dapat diubati dengan baik kerana seseorang yang kematian insan yang tersayang,mereka tidak dapat menghidupkan kembali orang telah pergi ataupun mereka yang terpaksa dipotong kakinya disebabkan menghidap penyakit kecing manis(istilah perubatan:diabetes mellitus),mereka juga tidak akan dapat untuk mengembalikan kakinya yang asal.Maka,jika sekiranya penyakit ruhiah ini jika tidak dirawati maka ia akan menyebabkan kehidupan mereka kucar-kacir dan rosak binasa.Lihatlah berapa ramai orang yang membunuh diri sendiri disebabkan penyakit ruhiah yang mereka hidapi.

6.Oleh yang demikian,berdasarkan hadis di atas,ALLAH telah menawarkan rawatan dan ubat yang mujarab bagi mereka yang percaya dan beriman denganNYA untuk menyembuhkan penyakit ruhiah yang dihadapi iaitu dengan menjadikan segala apa yang terkena sehingga menyebabkan rasa letih,penat, kecewa,sedih, tension,frust dan berbagai-bagai lagi sebagai kafarah(penghapus ke atas dosa-dosa kita).

7.Dosa itu tidak dapat dilihat dan dinilai secara mata kasar di dunia ini.Ia hanya jelas apabila manusia dibangkitkan ALLAH pada hari AKHIRAT kelak.Pada masa itu,dosa-dosa yang kita lakukan di atas dunia inilah yang akan menjadi kita sengsara,terbeban dan begitu terseksa.Maka, dengan terhapusnya dosa-dosa kita akan menghilangkan segala penderitaan, seksaan yang akan dikenakan ke atas kita pada hari AKHIRAT kelak.

8.Maka,mereka yang sedar dan yakin akan hakikat ini akan merasa lega dan tidak kecewa walaupun di dunia ini mereka menghadapi pelbagai penderitaan dan masalah,pada hari AKHIRAT kelak mereka akan terlepas daripada itu semua.

9.Oleh yang demikian,rawatlah diri kita semua dengan ubat yang ALLAH sediakan ini untuk penyakit ruhiah yang kita hidapi setiap hari.Janganlah jadi seperti mereka yang cuba mengubati penyakit ruhiah mereka dengan perkara-perkara yang yang dapat meredakan penyakit itu buat sementara waktu umpamanya minum arak,clubbing karaoke dan lain-lain.Mudah- mudahan dengan kita mengambil ubat yang betul bagi penyakit ruhiah kita,kita akan terus dapat hidup dan bekerja dengan baik dan lebih bersemangat serta bersungguh-sungguh.

10.Satu hakikat buat mereka yang berjuang dan bekerja pada jalan ISLAM,ingatlah! Kesakitan dan keperitan yang dihadapi adalah terlalu kecil untuk dibandingkan dengan orang-orang yang terlebih dahulu berjuang sebelum daripada ini kerana mereka telah pun dikenakan pelbagai penderitaan dan ancaman yang berkali ganda lebih besar daripada yang kita hadapi sekarang.Firman ALLAH Azza Wajalla:"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh kemelaratan dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."(surah al-Baqarah ayat 214)

p\s:smue manusia x sempurna..klo bleh,lpas bace,kite muhasabah diri ckit..mase mmg diperlukan ntuk buar perubahan..

Comments

Popular posts from this blog

pengalaman berbasikal di Taman Botani,Bukit Cerakah

tempat ni kat Shah Alam..nak masuk kena bayar RM3..yang part nak pusing-pusing kayuh basikal tu ada 2 jenis..basikal baru kena bayar RM5 untuk 1jam pertama lepastu tambah RM1 untuk jam-jam seterusnya..basikal ala-kadar pon ada jugak,murah sikit bayar RM3 satu jam dan tambah RM1 untuk jam kemudiannya..untuk berpeluh tu senang sangat sebab ada naik turun bukit..taman haiwan ada,kuda ada,rusa ada..banyak jugak laa bendanya yang boleh di tengok kat dalam tu..kitoran pon tak sempat nak round habis sebab masuk free atas tiket volunteer..bizi buat keje..kah3..tapi yang penting boleh try sj4000 sambil kayuh basikal..   *** untung jadi volunteer sampai ke makan minum,pengangkutan pon free jugak..kakaka

perangai orang terengganu

klo sebut perangai org ganu ni macam-macam persepsi atau pandangan boleh keluar..orang ganu sesama org ganu berpandangan laen,orang luar ngn org ganu punya pandangan laen..tapi tu laa,klo boleh kite jangan amalkan menilai seseorang pada pandangan pertama..jangan mengadili sesebuah buku melalui kulit luarannya.. aku hari ni nak highlite dari segi percakapan je..secara realiti klo sape-sape asal ganu tak pon menetap lame kat ganu,die akan tau org ganu ni cakap agak kasar lah..klo nak sound sape-sape,tak maen jenis-jenis volume 5 ni..nak sound bagi terus volume 100..kate biar terasa..klo tak terasa,memang takde kesan,masuk telinge kanan kluor telinge kiri.. contoh mudah org KL klo melenting sikit sebut 'sial'..macam Zizan sebut dalam KL Gangster..'eh sial lah,puiii'..Zizan ni pon satu hal,asal ganu tapi sebut-sebut sial..klo org ganu amalkan sebut 'sial' macam Zizan tu kompem kene kutuk balik ngn member-member..org ganu takde istilah sial-sial ni,klo marah bias...

pilihan bahasa : bahasa alien

terima kasih kepada keratan akhbar ini sebab berjaya menghalang aku terlentang pagi ni..surat khabar mane???sah-sah laa utusan malaysia klo bab-bab camni..komen aku ade banyak versi.. 1-versi bahasa ganu haha,sek-sek die ni brahi sungguh melawok..cakak lebih kurang,aku lepok pale baru tau..mu sape?TGNA sape?ke mu deki mu tak dok aura nok kumpul 10ribu orang muda sekaligus?mu orang-orang jahil agame,bawok-bawok laa g kuliah agame..bukok mate hati.jangan jadi bute ngat..sakit ati orang laen je bace..soh-soh surat khabor utusan ni..cilakak. 2-bahasa luar haha,puak-puak die ni suka sangat melawak..cakap lebih kurang,aku sekeh kepale baru korang tau..ko sape?TGNA sape?ke korang dengki sebab korang takde aura nak kumpul 10ribu orang muda sekaligus?korang yang jahil-jahil ni bawak-bawak laa pegi kuliah agama..bukak mata hati,jangan jadi buta sangat..sakit hati orang laen je bace..sah-sah akhbar utusan ni..celaka. 3_bahase alien !@#$%^&*()_+{}":>?<,./;'[]!@#$%%*...