Skip to main content

terengganu lawan kedah


          cuaca pon baik pagi ni..berlainan dengan cuaca semalam..semalam punye cerita,tengah bersiap-siap kutip wallet,handphone masuk dalam kocek seluar tetibe bunyi guruh..plan memang dah tak boleh tukar..sebab jadual perlawanan bola sepak ni klo tarikh die sekian-sekian,sampai mase die akan sepak mula..kecuali kalau stadium tu roboh..tak pon padang bola kampung tu kene palit dengan tahi lembu..itu pon kalau 90 peratus kene palit..setakat 5-6 tompok pon match boleh jalan lagi..

          semalam tengok bola dekat stadium,itu asas die aku terdetik nak buat post ni..lawan Kedah..utagha mai..kalau dengan Terengganu,lawan Kedah ni boleh dikatakan badi..walopon Kedah tengah kiok,tapi bile lawan Terengganu,nampak macam Terengganu yang kiok..cume malam tadi,seri..Kedah menang tapi dari sudut layangan kad merah..2 kad merah untuk Kedah,1 untuk Terengganu..

           scene kepok air kepok air memang tak boleh lari bile masuk stadium..2 ringgit dapat air segelas dapat kepok 5 batang..air tu macam-macam laa,air nyor,air jagung,air bandung,air geh..pilih je yang mane berkenan..part nak gaduh pon ade semalam,penyokong kat sini excited kalau ade scene tu,suasana lagi meriah..dalam hujan renyai-renyai pulak tu..ade angin jugak,dan angin tu tak sepoi-sepoi bahasa sangat..sempat laa menggigil 2-3 minit..tapi pagi ni memang cerah..siap boleh photoshoot lagi..


eh ade orang mesej..sekian

Comments

Popular posts from this blog

#20 Ramadhan | tab mudah lagu raya 'suasana hari raya'

Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya
Intro 2x
E-----------------9----9--------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9----------9-10-10-9-10-9-10-12--| G-9-9---------------------------------11-11-11-------------------------------| D-------------------------------------------------------------------------------| A-------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|
E-----------------9----9-------------------------------------------------------| B-9-9-10-10-12-12---12---12-10-9-10-9------------------------------------| G-9-9---------------------------------11-11-11-9-8-9-9---------------------| D------------------------------------------------------------------------------| A------------------------------------------------------------------------------| E-------------------------------------------------------------------------------|

seka…

perangai orang terengganu

klo sebut perangai org ganu ni macam-macam persepsi atau pandangan boleh keluar..orang ganu sesama org ganu berpandangan laen,orang luar ngn org ganu punya pandangan laen..tapi tu laa,klo boleh kite jangan amalkan menilai seseorang pada pandangan pertama..jangan mengadili sesebuah buku melalui kulit luarannya..

aku hari ni nak highlite dari segi percakapan je..secara realiti klo sape-sape asal ganu tak pon menetap lame kat ganu,die akan tau org ganu ni cakap agak kasar lah..klo nak sound sape-sape,tak maen jenis-jenis volume 5 ni..nak sound bagi terus volume 100..kate biar terasa..klo tak terasa,memang takde kesan,masuk telinge kanan kluor telinge kiri..

contoh mudah org KL klo melenting sikit sebut 'sial'..macam Zizan sebut dalam KL Gangster..'eh sial lah,puiii'..Zizan ni pon satu hal,asal ganu tapi sebut-sebut sial..klo org ganu amalkan sebut 'sial' macam Zizan tu kompem kene kutuk balik ngn member-member..org ganu takde istilah sial-sial ni,klo marah biaseny…

pengalaman berbasikal di Taman Botani,Bukit Cerakah

tempat ni kat Shah Alam..nak masuk kena bayar RM3..yang part nak pusing-pusing kayuh basikal tu ada 2 jenis..basikal baru kena bayar RM5 untuk 1jam pertama lepastu tambah RM1 untuk jam-jam seterusnya..basikal ala-kadar pon ada jugak,murah sikit bayar RM3 satu jam dan tambah RM1 untuk jam kemudiannya..untuk berpeluh tu senang sangat sebab ada naik turun bukit..taman haiwan ada,kuda ada,rusa ada..banyak jugak laa bendanya yang boleh di tengok kat dalam tu..kitoran pon tak sempat nak round habis sebab masuk free atas tiket volunteer..bizi buat keje..kah3..tapi yang penting boleh try sj4000 sambil kayuh basikal..


*** untung jadi volunteer sampai ke makan minum,pengangkutan pon free jugak..kakaka