1.Sabda Nabi s.a.w. "Tidak menimpa satu orang muslim daripada keletihan,kesakitan ,ham(dukacita yang akan datang),hazan( dukacita yang telah terkena),kesakitan yang menyakiti dan gham(dukacita kerana kehilangan sesuatu) sehingga sekalipun terkena duri yang mencucuknya melainkan ALLAH akan menjadikan semua itu sebagai kafarah(penghapus) bagi dosa-dosanya" .(Muttafaqun `alaih) 2.Ada beberapa perkara yang boleh kita ambil daripada maksud hadis di atas.Pertamanya, bagi setiap muslim,segala apa keletihan,kemudarat an,kesengsaraan dan dukacita yang menimpa ke atas dirinya adanya ganjaran daripada ALLAH iaitu akan diberikan kafarah ke atas dosa disebabkan apa yang telah terkena pada dirinya selagi mana seseorang muslim itu REDHA dan SABAR atas apa yang berlaku. 3.Kehidupan kita atas muka bumi ini tentunya tidak terlepas dari segala masalah dan halangan.Setiap daripada kita tentu sahaja pernah merasa kecewa dan sedih atas segala macam perkara umpamanya kematian orang yang disayangi,k